Cara buat brownies step by step dengan gambar

Siapa suka brownies angkat tangan!!! Ya saya suka sangat, memang sedap sangat makan brownies kala nak beli agak mahal dan makan tak puas apakata kita cuba buat brownies pula boleh buat lebih dan makan tak ingat dunia. Makan coklat boleh menenangkan minda dan hilangkan stress di samping menambahkan lemak. Jommm..


Kredit dan terima kasih kepada: Farhanah Zolkapli


Assalamualaikum

Saya nak share resepi jualan brownies kedut2 saya.
Best seller saya alhamdulilah
Resepi saya lain dari yang pernah share di sini.
Semoga dapat membantu sesiapa yang nak mula berniaga atau untuk makan sendiri.
Resepi share di gambar yer...

Bahan-bahan
1. 2 biji telur grade A
2. 1 sudu kecil essence vanilla
3. 3/4 cup castor sugar
4. 85g butter (saya gula SCS salted)
5. 250g dark coklat (saya gula beryls dark button)
6. 1/2 cup tepung gandum (apa2 brand)
7. 1 sudu besar serbuk koko
8. Tray size 7x7 inch / double resepi tray 10x10 inch
9. Parchment paper
10. Suhu 170c selama 30minit
11. api atas bawah.



Mula2 cairkan butter



Kemudian cairkan coklat menggunakan kaedah double boil



Di dalam bekas lain letak gula castor



Kemudian satukan butter yang dicairkan panas2 tu ke dalam gula castor



Kacau sehingga sebati sahaja. Bukan sehingga gula cair.



Pecahkan 2 biji telur sekali gus dan kacau perlahan2 sehingga kuning telur dah pecah. Kacau kejap jer seperti dalam gambar



Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan panas2 tu ke dalam adunan. Kacau perlahan lahan sehingga sebati



Kemudian campurkan tepung gandum & serbuk koko. Nak ayak pun boleh tak ayak pun boleh. Kacau secara kaup terbalik yer. Bukan macam kacau gulai tu. Boleh tengok utube kalau tak tahu. Kacau perlahan2. Ini kerana kita nak brownies kita rasa chewy2. Jangan lama sangat kacau. Kalau kacau laju & ganas nanti jadi kek coklat pulak rasanya ðŸ˜‚



Texture akan jadi seperti digambar. Berkilat jer



Kemudian tuang ke dalam tray bersaiz 7x7inch yang telah dilapik parchment paper atau kertas minyak.
Goyang2 kan tray untuk ratakan adunan. Ingat jangan guna apa2 untuk meratakan adunan. Nanti kedut tak jadi. Boleh tabur almond/walnut/coklat atau apa2 atas adunan ni.
Panaskan oven 170c selamat 15mini
Kemudian bakar selama 30minit atau sehingga masak. Ini ikut kepanasan oven masing2 yer.
Bila masak texture akan jadi moist & chewy. Sangat sedap!!!



Post a Comment

0 Comments