Cara buat kek gula hangus yang tak hangus pun tapi sedapp

Ini antara kek kegemaran admin juga, memang best makan kek gula hangus ni rasa cair saja di mulut. Tapi ingat kek gula hangus ni memang tinggi kalorinya so berpada-pada la makan. Jom cuba masak kek gula hangus yang sedap lagi gebu tapi bila masak jangan sampai hangus ye sebab namanya saja hangus tapi kek tak hangus pun kalau tidak tak jadi lah.


Bahan untuk buat kek gula hangus

1 Cawan gula
1 Cawan air panas
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu besar mentega
4 biji telur

Cara buat kek gula hangus

1 - Mula-mula masak gula dengan api perlahan sampai hangus. Sebab tu nama dia kek gula hangus hehe. Tapi janganlah sampai hangus melampau-lampau kang rasa dia pahit.

2 - Agak-agak gula dah cair dan hangus dengan warna yang kekuning-kuningan,masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati ye, sebab bila air terkena gula ni akan menghasilkan letup-letup kecil hehe.. jangan sampai tercedera pulak.

3 - Kemudian masukkan pula mentega. Cairkan dan gaul sebati.

4 - Lepas tu sejukkan.

5 - Sementara tu, dalam bekas yang lain pukul telur sehingga kembang dan pekat

6 - Masukkan susu pekat manis. Gaulkan hingga sebati.

7 - Ayakkan tepung sekali dengan bikarbonat soda. Masukkan sikit-sikit. Gaul bagi serasi

8 - Bila adunan dah mesra, campurkan pula dengan air gula tadi.

9 - Sebatikan lagi biar betul-betul jadi macam teman tapi mesra.

10 - Tuang dalam loyang. Biarkan dalam 3-4 jam. Selepas itu, panas kan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 40-50 minit.

11 - Tunggu hasilnya. Lembut dan gebu. yummy sangat!

SELAMAT MENCUBA

Post a Comment

0 Comments