Cara buat masakan Asam Rong - Makanan tradisional negeri Pahang

Tahu kah anda?

Buah Perah (Elateriospermum Tapos)

Ramai Tidak Tahu Asam Rong makanan tradisional negeri Pahang.

Asam rong atau 'rum' dari perkataan Inggeris iaitu peram . Asam rong merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah atau buah perah yang dikutip lalu diproses menjadi asam rong.


Bagi masyarakat dahulu mereka suka jerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air dan sukatan garam yang betul boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama. 


Buah perah juga boleh di jeruk dengan campur isi petai yang membuatkan aromanya lebih sedap. Selain itu buah perah juga boleh diproses jadikan umpan number satu bagi kaki pancing .
Tidak semua dewasa ini yang tahu memproses Asam Rong .


Sumber: Wikipedia Masakan Tradisional Pahang.

Ini resepi dan cara masak gulai asam rong ayam Pahang

Resepi dan gambar kredit kepada Fauzi Yunus.

Bahan untuk masak asam rong adalah :
Ayam 1/2 ekor
Keledek
Asam rong
Kangkung
Bunga Kantan
Daun Kesum
Terung Pipit
Cili Api
Kunyit Hidup
Bawang

Tumbuk bahan tadi seperti penerangan dalam gambar

Satukan semua bahan dengan letak sikit garam, gula dan asam keping. Masak 30-45 minit api perlahan

Tadaaa siap dah masakan asam rong yang masam untuk dihidangkan. Memang rare resepi ni sebab jarang kita boleh jumpa, apalagi share lahh.

Post a Comment

0 Comments