Cara buat biskut raya ulat bulu

Biskut ulat bulu?? Eee geli bunyinya tapi rasanya sedap tau. Cuba tengok gambarnya memang menarik perhatian. Nama lainnya bagi biskut ulat bulu ni adalah biskut untaian kasih. Boleh buat untuk raya, hari biasa pun boleh buat kalau teringin nak makan biskut raya ulat bulu ni. Jom cuba buat ulat bulu, eh biskut ulat bulu.


Perkongsian dari Fb Ameera Asri

Bahan A

250g butter ( lebih lemak farm cows )
3/4 cawan gula aising . ( x nak manis boleh guna setengah cawan je ) .
1 bji kuning telur .

Bahan B

1/2 cawan tepung jagung . ( ada org guna secawan . tapi sy guna 1/2 cawan . takut terlalu rapuh masa nak packing dlm balang ) .
2 sdb susu tepung dutch lady
3 cawan tepung gandum . ( sedap guna tepung cap ros daripada cap sauh ) .

Satukan bahan A kacau sebati . sy guna senduk kayu sahaja . jika guna mixer . biskut akan kembang . masukkan bahan b uli sebati sehingga jadi doh . ( asal x melekat tgn dah la ). Jangan terlalu lembik . agak2 ya .

Terap pakai acuan atau nozel org buat crrampuff tu .

Tipssss !!!

Biarkan biskut bawah kipas selama 15-20 min supaya biskut x jatuh lembik . selepas tu baru masuk oven . inshaallah hasilnya macam bunga gambar biskut sy dibawah .

Panaskan oven . 180c .

Bakar suhu 180c selama 15-20 min . bergantung pada oven masing2 .

Silakan share . semoga tips dan ilmu bermanfaat pada semua .

Post a Comment

0 Comments