Resepi satay ayam dan satay daging sedap macam satay jual di kedai makan...
Bahan bahan :
Isi dada@peha ayam atau daging 10kg
Gula 3 kilo
Garam 5 sudu jangan membukit ngam2 saja
Aji 2 sudu
Kunyit babas 125g
Bahan-bahan diblend :
Jintan manis biji 20sudu
Jintan putih biji 10sudu
Serbuk ketumbar babas 10sudu
Serai 10 btg
Lengkuas agak2 2 ibujari
Halia agak2 2ibu jari
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Cara-cara :
Potong dadu isi ayam,kulit ayam celur sekejap potong kecik agak2 boleh cucuk,masuk semua bahan2di atas gaul rata perap 2 3 jam boleh lah cucuk bakar..
Bahan renjis masa bakar satay :
2 sudu susu pekat manis@santan,air perap satay,air masak sikit,minyak masak campur buat untuk renjis,bau harum semerbak masa bakar nanti
Resepi kuah kacang satay :
Kacang tanah 3kg
Minyak masak 1kg
Cili kering
Gula 1 kg
Garam
Air perapan satay 5 cawan
Bahan tumis sama macam bahan bland tadi sukatan separuh dari tadi
Cara2 buat kuah kacang :
Tuang minyak dlm kuali terus letak kacang bila minyak panas kacang pun masak jgn smp hitam nanti lemak kacang hilang,goreng cabai kering angkat bila sejuk boleh lah tumbuk atau blend(saya blend dengan air).
Tumis bahan blend(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketmbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak,kemudian tuangkn bahan tumis dlm kacang dgn cabai yg di blend tadi perasakn dengan gula garam..kalau suka aji bubuh lah sikit dan kalau x suka manis buleh kurang kan gula ikut cita rasa sendiri...
Ok sekian terima kasih selamat mencuba...
Nak lembut daging satay boleh letak air soda bikarbonat tapi jangan banyak.
0 Comments