Resepi Cheese Tteokbokki

Sesekali makan ala Korea pulak. Jom kita layan resepi Cheese Tteokbokki...


RESEPI CHEESE TTEOKBOKKI

Bahan Rice Cakes :

Setengah Pack Tepung Pulut
3 sudu besar Tepung Beras/Gandum
Air
Sedikit garam
Sedikit minyak bijan

Cara Memasak :

➡️Satukan semua bahan.
➡️Letak air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak lembut sangat atau lembik sangat.
➡️Kemudian gulung panjang. Dipotong ikut saiz yang anda mahu.
➡️Rebus air sehingga mendidih kemudian masukkan rice cake sehingga timbul dan boleh diangkat kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk.

Bahan untuk Sos :

3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
6 sudu besar Gochujang (Korean Chili Paste)
1 sudu besar Gochugaru (Korean Chili Powder) - saya guna serbuk Cili biasa je
4 sudu teh gula perang *ikut citarasa
½ biji bawang Holland
1 pokok Daun Bawang
3 sudu besar minyak bijan
2 cawan air stok ikan bilis
Garam secukup rasa

Fishcake
Sosej
Telur Rebus
Mozarella Cheese 🧀
Dumpling 🥟

Cara Memasak :

➡️ Masukkan sos Gochujang, Gochugaru dan gula perang dan kacau sebati sehingga menjadi pes.
➡️ Dalam periuk masukkan air stok Ikan Bilis, biarkan sehingga mendidih kecil kemudian masukkan bawang Holland dan daun bawang.
➡️ Kacau rata dan masukkan pes Sos. Biarkan sebentar sehingga mendidih. Rasakan sos anda jika dah cukup rasa tidak perlu masukkan garam atau gula lagi.
➡️ Bila dah mendidih masukkan rice cake, Fishcake, Sosej, Daun Bawang, gaul sampai sebati.
➡️ Masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan telur. Masak sehingga menjadi Sos pekat. Boleh ditutup api.
➡️ Hidangkan di atas pinggan dan ditabur dengan Mozarella Cheese. Letak semasa panas ya. Kemudian tutup sebentar sehingga cheese cair.
➡️ Sedia dihidang bersama dengan Dumpling 🥟 dan dimakan semasa panas-panas.

SELAMAT MENCUBA

Kredit, resepi, gambar dan terima kasih : Ika Zul

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)