Resepi Bihun goreng letak lengkuas, halia dan belacan

Asyik buat bihun goreng yang biase saja, apakata cuba resepi bihun yang lain sikit iaitu resepi letak lengkuas, halia dan belacan sebagai penambah perisa yang sedap. Joom

Saya nak kongsikan resepi Mee Hoon yg Arwah emak sama-sama dgn abah jual ni nak besarkan kami adik beradik. Berbelas tahun jual. Bagi yg berminat nak cuba bole la ikut resepi ni. Setakat ni kalau tetamu dtg rumah, sy hidangkan ramai yg puji. Jiran-jiran yg rapat pun dorang rinduuu nk mkn meehoon ni siap suruh masakkn. Hehe. Bukan sy ckp sy masak sedap, tp berkat belajar dan ingin tahu dan rindu air tgn ibu.(al-fatihah)

Kredit kepada Norsoleha Selamat.



Resepinya (2papan meehoon)
Bahan-bahan:
Bahan A
-bwg besar 2 biji(sederhana bsr)
sbiji di tumbuk/sbiji di hiris kasar sikit
-bwg putih 4ulas(size bsr)
-Belacan (besar ibujari dan lbhkan sikit)
-halia (besar sbiji bwg putih)
-lengkuas (bsr 2biji bwg pth)
-udang geragau ( 1/2genggaman)
udang kering pun bole jdkan suku
gengggaman je
-lada kering (di kisar)

Bahan B
-garam
-ajinomoto
-gula

Bahan C
-taugeh (agak2)
-kucai (agak2)

Cara:
-Tumbuk/kisar semua bahan A,(kecuali bwg hirisan).
-tumis bahan yg di kisar td sehingga naik bau, masukkan lada kisar, dh naik minyak baru masukkan hirisan bawang.
-masa ni masukkan garam,gula dan ajie ssedap rs
-masukkan pula meehoon yg telah direndam, masak sampai kembang ssedap rs mee nya.
-masukkan taugeh, dan kuchai jgn lelayu sgt.. siap.
note: klu nk mkn krup krap krup krap rs bwg, masukkan hirisan bwg tu saing-saing sayur ya bkn ms tumis tu.

Post a Comment

0 Comments