Cara masak Ikan patin masak tempoyak versi original Temerloh step by step bergambar

Macam mana cara nak buat ikan patin masak tempoyak versi Temerloh? Patin tempoyak versi Temerloh memang lain sebab memang sedap. Kalau orang makan, orang boleh kenal yang ni versi Temerloh bukan versi lain.

Kredit : Khairul Hakimin. Admin minta halal dan di doakan saudara dipermudahkan urusan dan panjang umur. Sekiranya ada masalah berkenaan gambar boleh hubungi admin ya.

Kali ini saya kongsi sekali lagi langkah demi langkah siapkan ikan patin masak tempoyak. Orang sini cakap ikan patin masak asam, ada juga sebut patin tempoyak, sama sahaja belaka. Hihi.

Ikan Patin Masak Tempoyak.

1-2 ekor ikan patin,
2 kuntum bunga kantan,
2 ikat daun kesum,
1 genggam cili padi,
2-3 inci kunyit hidup,
1-2 sudu serbuk kunyit,
2-3 senduk tempoyak,
Garam,
1 liter air.

Cara-caranya kau lihat di gambar ya.


Kau beli ikan patin di pekan sehari atau mana-mana kedai ikan tepi jalan. Di Temerloh, Mentakab memang di jalan raya ada jual. Sekarang RM16-17/kg. Minta mereka buang perut dan potong siap-siap.


Biasanya juga mereka jual siap-siap daun kesum, bunga kantan dan tempoyak. Murah woih jika di sini. Bunga kantan RM1 ja sekuntum.


Kemudian, kau basuh ikan bersih-bersih dan letak dalam besen biru. Kalau tak ada besen biru, buhlah dalam bekas warna apa-pun yang kau ada.


Sambil nak siapkan barang lain, kau didihkan air dulu.


Letak extra cili kalau nak pedas dan makan berpeluh-peluh. Ini kira sikit cili ini. 


Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi tadi sampai lumat. Ini kalau laki kau buat hal, kau buh dekat ketiak dia. Selain dari memberi warna kuning, ia beri pijar berpanjangan. Keluar rumah pun dengan 2-2 tangan terangkat macam vampire. Kahkahkah


Campak dalam periuk tadi cilinya itu.


Potong lawa-lawa bunga kantan, dan letak juga dalam periuk.


Basuh daun kesum dan letakkan juga. Daunnya sahaja. Tak usah bikin malu jika kau masukkan semua dengan batangnya. Daun kesum ya bukan daun serum, daun serum tu pakai untuk orang lepas bersalin hehe.


Masukkan tempoyak. Lagi banyak lagi sedap.


Ha, jika kau dah kacau-kacau warnanya pudar semacam, dan waktu itu bau tempoyak dah semerbak, lalu emak mertua kau pun bangun dari sofa ruang tamu, kau capai serbuk kunyit dan terus tabur! Cepat!


Taraaaaa! Hahaha. Dah ada gaya kuah ikan masak tempoyak yang menyelerakan dan superb untuk dihirup kuahnya hingga licin


Sudah mendidih, kau masukkan ikan. Kena ingat, jika kau nak kacau, perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.


Sudah mendidih lawa begini, kau masukkan garam dan rasa ikut tekak kau.


Tutup api dan siap! Selamat mencuba! Jemput datang ke Temerloh sokmo yakkk

Post a Comment

0 Comments